This news channel is under test run. The News publishing here may not true / reliable. -- Site Under Construction --
» Home » Latest News
Tuesday, March 9, 2021

‘Bite Club’ beri sokongan kepada mangsa serangan jerung

FMT news
star star star star star Rated 0 out of 5 stars based on 0 votes

Siapa sangka tragedi malang diserang jerung menjadi idea seorang lelaki menubuhkan sebuah kelab untuk mengumpulkan mereka yang terselamat akibat dibaham hidupan ganas itu.

Nama ‘Bite Club’ mungkin agak lucu namun ia sebenarnya menghubungkan beratus mangsa serangan jerung dari seluruh dunia sebagai satu platform untuk saling memberi sokongan.

Dave Pearson, 58, hampir maut hampir sedekad lalu selepas tangannya dibaham ketika melakukan aktiviti luncur air di Australia.

AFP melaporkan, sejak kejadian itu, dia berhasrat membantu ramai lagi mangsa mengharungi saat trauma terbabit menerusi kelab itu.

“Hidup saya hanya berkisar mengenai serangan jerung. Jika ada mana-mana kejadian serangan di seluruh dunia, saya pasti mengetahuinya,” katanya.

Pearson adalah pengasas kelab itu yang pada mulanya hanyalah sekadar kumpulan kecil dan kini ia mengumpul mangsa pelbagai serangan haiwan termasuk anjing, buaya malah badak juga.

Setakat ini, ia mempunyai hampir 400 ahli yang biasanya mengadakan perjumpaan sekurang-kurangnya setahun sekali namun ada di antara mereka lebih kerap berjumpa dan sering berhubung di media sosial.

Kelab itu berperanan sebagai saluran untuk mangsa terselamat mendapatkan sokongan dan Pearson akan meluangkan masa setiap malam untuk berhubung dengan sekurang-kurangnya seorang ahlinya.

Katanya, dia percaya cara itu mampu memberi semangat kepada mangsa seperti yang berlaku pada dirinya ketika terlantar di hospital beberapa hari selepas seorang wanita, Lisa Mondy pulih daripada kejadian sama di situ.

“Semua orang memberi kata-kata semangat dan sebelum bercakap dengan Lisa, tidak ada seorang pun yang dapat memahami apa yang berlaku dalam fikiran saya,” katanya.

Serangan jerung masih dianggap sebagai kes yang jarang berlaku namun agak sukar bagi kumpulan itu apabila tujuh dilaporkan maut dalam 22 kejadian di Australia, kata Persatuan Konservasi Taronga.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Reviews
Not yet reviewed by any member. You can be the first one to write a review